My Own World....
Tuesday, 26 June 2012
Butterfly... fly away so high: Zaman Paleolitik
Butterfly... fly away so high: Zaman Paleolitik: Pengenalan Zaman Paleolitik terbahagi kepada 2 iaitu : Zaman Awal iaitu 50,000 SM. Zaman Akhir iaitu 30,000 hingga 10,000 SM. Zaman ...
Zaman Paleolitik
Pengenalan
Zaman Paleolitik terbahagi kepada 2 iaitu :
Ciri-ciri
Tempat Tinggal
Orang Paleolitik sudah mula belajar untuk mengadakan tempat tinggal. Mereka tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. mereka tinggal di kawasan ini kerana ingin melindungi diri daipada serangan musuh atau binatang liar dan tiupan angin dan sebagainya. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat rehat bagi mereka yang telah penat selepas melakukan aktiviti harian seperti memburu. Sebagai contoh, Gua Niah di Sarawak dan Gua Badak di Perak.
Gua Niah di Sarawak
Lukisan di dinding Gua Badak, Perak
Cara hidup
Orang Paleolitik hidup secara nomad, iaitu hidup secara berpindah-randah dalam kelompok kecil. Faktor utama yang mendorong mereka hidup secara nomad adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan. Sudahpun diketahui oleh kita semua, manusia zaman ini tidak tahu menternak binatang dan menanam tanaman, mereka mendapatkan bekalan makanan secara memburu dan sebagainya. Apabila sumber makanan di suatu tempat didapati berkurangan atau habis, mereka akan pindah ke tempat lain yang dapat membekalkan makanan yang diperlukan. Maka, tempat kediaman mereka juga tidak tetap.
Kegiatan Seharian
Aktiviti yang dijalankan oleh orang Paleolitik setiap hari ialah memburu, menagkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya. semua aktiviti yang dijalankan kebanyakannya berkaitan dengan mencari bekalan makanan harian. Pada zaman ini, mereka tidak mempunyai apa-apa hiburan. Selepas memburu, mereka berehat, makan kemudian tidur, tiada perkara lain yang akan dilakukan. Binatang yang biasa diburu adalah seperti harimau, rusa dan sebagainya. Hasil hutan yang dikutip pula adalah seperti sayuran liar, buah-buahan dan sebagainya.

- Zaman Awal iaitu 50,000 SM.
- Zaman Akhir iaitu 30,000 hingga 10,000 SM.

Nota Ringkas Sejarah Tamadun Dunia
Takrif Pra Sejarah
Mengikut Frank Hole Dan Robert F Heizer, pra sejarah bermaksud sebahagian masa silam manusia yang tidak direkodkan secara bertulis. Sejarah hanya mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3,500 SM. Pra sejarah boleh juga dikatakan zaman sebelum 3,500 SM. Zaman pra sejarah ini boleh dikesan melalui bukti terawal yang dijumpai oleh ahli-ahli arkeologi seperti bangunan, tembikar dan sebagainya. Selain itu, fosil-fosil manusia zaman pra sejarah juga ditemui di Palestin, Eropah Tengah, Ethopia di Afrika dan China. Orang Neanderthal dan orang Cro-Mangnon merupakan dua jenis fosil manusia yang telah ditemui.
Orang Neaderthal ini hidup lebih kurang 50,000 tahun dahulu. Orang Neaderthal ini lebih tinggi daripada manusia Peking dan manusia Jawa. Mereka hidup menetap di dalam gua. Selain itu, Mereka juga tahu menggunakan api dan menbuat pakaian daripada kulit binatang.
Orang Cro-Magnon pula muncul menjelang tahun 20,000 SM. Mereka mempunyai tahap intelektualisme yang lebih tinggi daripada manusia terawal dan manusia Neanderthal. Waris-waris bagi orang Cro-Magnon didapati tinggal di Wales, Perancis, Sepanyol dan Afrika Utara.

Subscribe to:
Posts (Atom)