Tuesday, 26 June 2012

Zaman Paleolitik

Pengenalan


Zaman Paleolitik terbahagi kepada 2 iaitu :

  1. Zaman Awal iaitu 50,000 SM.
  2. Zaman Akhir iaitu 30,000 hingga 10,000 SM.
Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Zaman ini berlangsung dari 50,000 SM hingga 10,000 SM. manusia Peking dan manusia Jawa wujud pada zaman ini. Menjelang 50,000 SM, orang Neanderthal mula hidup di Eropah, Asia dan Afrika. Selepas itu, Menjelang tahun 20,000 SM, orang Cro-Mangnon tinggal di Eropah dan mengasaskan kebudayaan Moden di Eropah dan Afrika Utara. Orang pada zaman ini melukis gambar-gambar di dinding gua untuk melahirkan perasaan dan idea-idea mereka.

Ciri-ciri


Tempat Tinggal
Orang Paleolitik sudah mula belajar untuk mengadakan tempat tinggal. Mereka tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. mereka tinggal di kawasan ini kerana ingin melindungi diri daipada serangan musuh atau binatang liar dan tiupan angin dan sebagainya. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat rehat bagi mereka yang telah penat selepas melakukan aktiviti harian seperti memburu. Sebagai contoh, Gua Niah di Sarawak dan Gua Badak di Perak.


                                                                    Gua Niah di Sarawak


                                                      Lukisan di dinding Gua Badak, Perak

Cara hidup
Orang Paleolitik hidup secara nomad, iaitu hidup secara berpindah-randah dalam kelompok kecil. Faktor utama yang mendorong mereka hidup secara nomad adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan. Sudahpun diketahui oleh kita semua, manusia zaman ini tidak tahu menternak binatang dan menanam tanaman, mereka mendapatkan bekalan makanan secara memburu dan sebagainya. Apabila sumber makanan di suatu tempat didapati berkurangan atau habis, mereka akan pindah ke tempat lain yang dapat membekalkan makanan yang diperlukan. Maka, tempat kediaman mereka juga tidak tetap.

Kegiatan Seharian
Aktiviti yang dijalankan oleh orang Paleolitik setiap hari ialah memburu, menagkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya. semua aktiviti yang dijalankan kebanyakannya berkaitan dengan mencari bekalan makanan harian. Pada zaman ini, mereka tidak mempunyai apa-apa hiburan. Selepas memburu, mereka berehat, makan kemudian tidur, tiada perkara lain yang akan dilakukan. Binatang yang biasa diburu adalah seperti harimau, rusa dan sebagainya. Hasil hutan yang dikutip pula adalah seperti sayuran liar, buah-buahan dan sebagainya.




No comments:

Post a Comment